The above was quoted from https://www.facebook.com/media/set/?set=a.442022605817960.100999.140910022595888&type=1
Thursday, 5 July 2012
Saturday, 30 June 2012
MINDEF: 5 JUL 2012
Presiden PVTMS Thomas akan hadir ke Majlis Penyampaian cek kpd persatuan/kelab veteran Atm yang akan disampaikan oleh menteri pertahanan Malaysia di Mindef pada 5 julai 2012
Friday, 29 June 2012
NOTIS
Program perjumpaan veteran Atm dan pengambilan ahli baharu Persatuan veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak(PVTMS) akan diadakan di dewan kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak di Lot 52 Bl0k 8 (SIPEC) Jalan P.Ramlee, Kuching pada 10 Julai 2012 (Selasa) jam 7.00 malam.
Dijemput semua veteran Atm di kawasan kuching hadir untuk program tersebut. Lt Kol Monday ak Juhid Pengarah JHEV ATM cawangan Negeri Sarawak akan turut hadir untuk penyampaian kad ahli persatuan. Seramai 155 ahli akan menerima kad tersebut. persatuan ini akan mengeluarkan media tempatan untuk senarai penerima2 kad ahli pada program tersebut.
kepada veteran yang ingin berdaftar sebagai ahli, sila sediakan Bat D 92 - Buku Pengakuan perkhidmatan atau kad bekas Tentera( BAT D 92D) Gambar saiz paspot 3 keping. salinan kad pengenalan pesara dan isteri. Yuran RM 20.00 untuk seumur hidup.dan Baju koperat PVTMS RM 80.00. Marilah kita bersama-sama berganding bahu meneruskan perjuangan kepada Ahli2 dan kebajikan terbela untuk masa depan kita walaupun sudah tamat perkhidmatan.
Untuk maklumat Lanjut. sila hubungi Gajen Nuol 019891-5404/ 082-248713. Nelson Bujeng 013-846-2776 Fredrick Guan 012-808-9893 atau presiden Thomas Ling 013-801-7056.
Dijemput semua veteran Atm di kawasan kuching hadir untuk program tersebut. Lt Kol Monday ak Juhid Pengarah JHEV ATM cawangan Negeri Sarawak akan turut hadir untuk penyampaian kad ahli persatuan. Seramai 155 ahli akan menerima kad tersebut. persatuan ini akan mengeluarkan media tempatan untuk senarai penerima2 kad ahli pada program tersebut.
kepada veteran yang ingin berdaftar sebagai ahli, sila sediakan Bat D 92 - Buku Pengakuan perkhidmatan atau kad bekas Tentera( BAT D 92D) Gambar saiz paspot 3 keping. salinan kad pengenalan pesara dan isteri. Yuran RM 20.00 untuk seumur hidup.dan Baju koperat PVTMS RM 80.00. Marilah kita bersama-sama berganding bahu meneruskan perjuangan kepada Ahli2 dan kebajikan terbela untuk masa depan kita walaupun sudah tamat perkhidmatan.
Untuk maklumat Lanjut. sila hubungi Gajen Nuol 019891-5404/ 082-248713. Nelson Bujeng 013-846-2776 Fredrick Guan 012-808-9893 atau presiden Thomas Ling 013-801-7056.
Wednesday, 27 June 2012
PENGAMBILAN AHLI BAHARU PVTMS
Add caption |
Pada 15 Jun 2012 Presiden PVTMS Thomas Ling brsama Ahli2 di kawasan Limbang mengadakan perjumpaan veteran dan pengambilan Ahli bertempat di depan pejabat kemas Limbang dan Majlis menyerah kad keahlian PVTMS yang disampaikan oleh presiden Thomas Ling kepada wakil ahli2 iaitu Tuah Apong. PVTMS bersama ahli2 akanbersatu berjuang demi kepentingan kebajikan ahli.
LAWATAN KEBAJIKAN DI HOSPITAL LIMBANG.
Presiden PVTMS Thomas Ling bersama ahli2 PVTMS daerah Limbang buat kali kedua membuat lawat kebajikan kepada Ali Basri. Lawatan kali pertama pada 11hb March 2012 dan kali kedua pada 15 Jun 2012. Persatuan PVTMS telah menulis surat ke jabatan kebajikan Limbang untuk menyokong isteri beliau Puan Amina yang sedang bertugas di Kuching atas kebajikan kesakitan suami beliau yang sudah terlantar 5 tahun di hospital. Beliau masih menunggu kelulusan permohonan pertukaran dari putrajaya. Semasa lawatan presiden PVTMS, puan Amina hadir bersama untuk menberi masalah tugas dan kesakitan suami beliau supaya cepat perhatian oleh pihak atasan. Ahli di dahulukan kebajikan diutamakan. Bersatu berjuang.
Friday, 22 June 2012
Wednesday, 20 June 2012
PENGAMBILAN AHLI DI DARO :: 3 JUN 2012
Gerak wira Usahawan (Motivasi usahawan)
PERBARISAN HUT 9 BGD KE-36
12HB APRIL 2012 DI DEWAN RASCOM
PENGAMBILAN AHLI PVTMS DI BATU 10-KUCHING
LAWATAN KEBAJIKAN ~ HAMZAH
LAWATAN KEBAJIKAN ~ RAUN
PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR STRATEGIK ANAK2 VETERAN ~ BETONG
Persatuan veteran tentera Malaysia negeri Sarawak diketuai oleh presiden Thomas Ling dan naib presiden Idres Adam bersama 5 AJK menghadiri ke majlis penutupan program kemahiran belajar strategik anak2 veteran cwg Sarawak 2012 bertempat di pusat latihan pertanian Betong. Seramai 85 orang anak veteran hadir pada program tersebut. YB Datuk Sri Douglas Uggah ak Embas merangkap menteri sumber Asli dan Alam sekitar telah merasmikan penutupan Majlis tersebut. Tahniah dan syabas kpd JHEV ATM demi kebaikan anak2 veteran ATM.
PENGAMBILAN AHLI PVTMS DI KANOWIT & JULAU
Manakala perjumpaan dsan penmgambilan veteran dibilik mesyuarat SEDC meluan Julau pada jam 2 ptg. Ramai Sarawak rangers, balu2 dan juga veteran2 ATM yg hadir seramai 60 orang. Masalah mereka ialah tidak ada kad bekas tentera, IPTA tak tahu tempat memohon dan tak ada borang. Sakit kena bayar sendiri. Wheel chair beli sendiri walaupun miskin. Buku Bat D92 tak ada. Semua dokumen tak ada disimpan lagi dan tak ingat nombor tentera, tak ada bantuan sara hidup. Masalah2 yg mereka hadapi sebab mereka tak tahu hak2 dan kemudahan2 diberi oleh kerajaan. PVTMS membantu mereka supaya masalah2 mereka dapat dfi selesaikan. PVTMS akan turun padang sekali lagi dan dijadualkan pada awal bulan apr ini. Sebagai tanda sokongan kpd PVTMS, presiden Thomas Ling mengajak semua veteran hadir melaungkan 3 kali bersatu berjuang.
Walaupun naib presiden, ketua penerangan dan AJK yg beragama islam tidak dpt makan tengah hari disebabkan restoran islam hanya ada 1 kedai sahaja di Julau tetapi tutup tapi dgn semangat perjuangan kpd PVTMS mereka dapat tahan lapar. Program perjumpaan bersurai pada jam 4 ptg. Kemudian presiden Thomas Ling bersama rombongan membuat lawatan kebajikan ke rumah Gabril ak Elok berpencen dari JKR gaji pencewn RM180 sebulan ingin mohon bantuan baikpulih di dapur beliau. Pemohonan akan dimajukan kpd JHEV ATM Sarawak utk tindakan. Kami sampai Sibu jam 5.30 ptg.
Tuesday, 19 June 2012
PENGAMBILAN AHLI DI ENGKILILI
Pada 18 0500H Mar 2012 naib presiden PVTMS bersama 2 orang AJK iaitu Yeo dan Abas telah dating ke rumah presiden utk membawa beliau turun padang ke Engkilili. Kami, kali pertama meninjak ke Bandar Engkilili pada jam 180830H Mar 2012 di bilik mesyuarat SUPP cwg Engkilili. Turut hadir Lt Kol Monday ak Juhid, pengarah JHEV ATM Sarawak. Disebabkan tidak memanggil veteran dikawasan tersebut melalui penyiaran RTM, kehadiran Cuma 35 orang veteran ATM dan balu2. Semasa dalam program pengambilan ahli, presiden menasihatkan semua veteran hadir menyertai menjadi ahli PVTMS dan juga memohon setiap veteran yg hadir mencari 5 orang veteran utk menyertai menjadi ahli utk memperkukuhkan perjuangan persatuan ujarnya. Beliau menegaskan semasa veteran dlm perkhidmatan taat sedia utk berkorban mancari atau memburu komunis. Sekarang kita Cuma mencari kawan2-veteran2 kita di setiap kawasan dimana mereka yg berada di seluruh negeri Sarawak. Selain itu, PVTMS juga sebagai satu platform yg baik utk member polisi dan maklumat yg terkini kpd ahli2. Ramai veteran tidak tahu hak2 kemudahan yg sedia ada daripada kerajaan. PVTMS sebagai tuilang belakang ahli utk menjamin dan membela nasib mereka supaya hak2 ahli terbela dan tidak di tercicir. Gagasan PVTMS ahli didahulukan kebajikan diutamakan.
Monday, 9 April 2012
Perjumpaan dan pengambilan ahli baharu PVTMS di Saratok
Pada 17 0545H Mar., Robert Ting dan
Abas telah sampai ke rumah presiden PVTMS Thomas Ling bersama-sama
bertolak dgn 1 kereta ke Saratok utk pengambilan ahli supaya mencapai
sasaran ahli PVTMS 1000-2000 orang. Kami sampai pd jam 0730 dan
bersarapan di Impian café, Saratok. Apabila kami sampai di dewan
masyarakat Saratok rakan seperjuangan iaitu Igai, Anyum dan sulaainan
membantu berdaftar kehadiran veteran ATM dan balu2 ATM dari Saratok.
Seramai 80 orang hadir pada pagi ini. Semasa perjumpaan ramai veteran
ATM telah mengemukakan masalah2 dan rayuan2 mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)