NO: 43, TKT 3, JLN TUANKU OSMAN, 96000 SIBU, SARAWAK. TEL: 084-348872

Thursday, 5 July 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT JASA MALAYSIA, PENYERAHAN CEK RAYUAN HARI PAHLAWAN 2011 KEPADA PERTUBUHAN/ PERSATUAN/ KELAB VETERAN ATM DAN PENYAMPAIAN CEK SUMBANGAN KEPADA YAYASAN VETERAN ATM5 JULAI 2012

Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi telah menyampaikan PJM kepada lapan orang penerima dan Bantuan Royal Commonwealth Ex-Services League (RCEL) kepada empat orang penerima di kalangan Veteran ATM pada hari ini.Menteri Pertahanan turut menyerahkan Cek RHP 2011 berjumlah RM1.4juta kepada 52 Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab Veteran ATM seluruh Malaysia. Manakala, sebanyak RM1.56juta telahpun diagihkan kepada Cawangan-Cawangan PBTM dan beberapa Persatuan/ Pertubuhan/ Kelab yang lain. Tambahan kepada agihan ini dijangka dilakukan pada sesi agihan pusingan kedua pada bulan September 2012.Pada majlis yang sama, Pengara DSA Exhibition & Conference Sdn Bhd, YBhg Laksamana Dato' Mohd Ramli bin Samjis (Bersara) telah menyerahkan cek sumbangan kepada Yayasan Veteran ATM berjumlah RM300,000.00 kepada Menteri Pertahanan.

No comments:

Post a Comment