NO: 43, TKT 3, JLN TUANKU OSMAN, 96000 SIBU, SARAWAK. TEL: 084-348872

Friday, 29 June 2012

NOTIS

Program perjumpaan veteran Atm dan pengambilan ahli baharu Persatuan veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak(PVTMS) akan diadakan di dewan kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak di Lot 52 Bl0k 8 (SIPEC) Jalan P.Ramlee, Kuching pada 10 Julai 2012 (Selasa) jam 7.00 malam. 


Dijemput semua veteran Atm di kawasan kuching hadir untuk program tersebut. Lt Kol Monday ak Juhid Pengarah JHEV ATM cawangan Negeri Sarawak akan turut hadir untuk penyampaian kad ahli persatuan. Seramai 155 ahli akan menerima kad tersebut. persatuan ini akan mengeluarkan media tempatan untuk senarai penerima2 kad ahli pada program tersebut.

kepada veteran yang ingin berdaftar sebagai ahli, sila sediakan Bat D 92 - Buku Pengakuan perkhidmatan atau kad bekas Tentera( BAT D 92D) Gambar saiz paspot 3 keping. salinan kad pengenalan pesara dan isteri. Yuran RM 20.00 untuk seumur hidup.dan Baju koperat PVTMS RM 80.00. Marilah kita bersama-sama berganding bahu meneruskan perjuangan kepada Ahli2 dan kebajikan terbela untuk masa depan kita walaupun sudah tamat perkhidmatan.

Untuk maklumat Lanjut. sila hubungi Gajen Nuol 019891-5404/ 082-248713. Nelson Bujeng 013-846-2776 Fredrick Guan 012-808-9893 atau presiden Thomas Ling 013-801-7056.

No comments:

Post a Comment