NO: 43, TKT 3, JLN TUANKU OSMAN, 96000 SIBU, SARAWAK. TEL: 084-348872

Saturday, 30 June 2012

MINDEF: 5 JUL 2012

Presiden PVTMS Thomas akan hadir ke Majlis Penyampaian cek kpd persatuan/kelab veteran Atm yang akan disampaikan oleh menteri pertahanan Malaysia di Mindef pada 5 julai 2012

Friday, 29 June 2012

NOTIS

Program perjumpaan veteran Atm dan pengambilan ahli baharu Persatuan veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak(PVTMS) akan diadakan di dewan kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak di Lot 52 Bl0k 8 (SIPEC) Jalan P.Ramlee, Kuching pada 10 Julai 2012 (Selasa) jam 7.00 malam. 


Dijemput semua veteran Atm di kawasan kuching hadir untuk program tersebut. Lt Kol Monday ak Juhid Pengarah JHEV ATM cawangan Negeri Sarawak akan turut hadir untuk penyampaian kad ahli persatuan. Seramai 155 ahli akan menerima kad tersebut. persatuan ini akan mengeluarkan media tempatan untuk senarai penerima2 kad ahli pada program tersebut.

kepada veteran yang ingin berdaftar sebagai ahli, sila sediakan Bat D 92 - Buku Pengakuan perkhidmatan atau kad bekas Tentera( BAT D 92D) Gambar saiz paspot 3 keping. salinan kad pengenalan pesara dan isteri. Yuran RM 20.00 untuk seumur hidup.dan Baju koperat PVTMS RM 80.00. Marilah kita bersama-sama berganding bahu meneruskan perjuangan kepada Ahli2 dan kebajikan terbela untuk masa depan kita walaupun sudah tamat perkhidmatan.

Untuk maklumat Lanjut. sila hubungi Gajen Nuol 019891-5404/ 082-248713. Nelson Bujeng 013-846-2776 Fredrick Guan 012-808-9893 atau presiden Thomas Ling 013-801-7056.

Wednesday, 27 June 2012

PENGAMBILAN AHLI BAHARU PVTMS


Add caption
Pada 15 Jun 2012 Presiden PVTMS Thomas Ling brsama Ahli2 di kawasan Limbang mengadakan perjumpaan veteran dan pengambilan Ahli bertempat di depan pejabat kemas Limbang dan Majlis menyerah kad keahlian PVTMS yang disampaikan oleh presiden Thomas Ling kepada wakil ahli2 iaitu Tuah Apong. PVTMS bersama ahli2 akanbersatu berjuang demi kepentingan kebajikan ahli.

LAWATAN KEBAJIKAN DI HOSPITAL LIMBANG.

Presiden PVTMS Thomas Ling bersama ahli2 PVTMS daerah Limbang buat kali kedua membuat lawat kebajikan kepada Ali Basri. Lawatan kali pertama pada 11hb March 2012 dan kali kedua pada 15 Jun 2012. Persatuan PVTMS telah menulis surat ke jabatan kebajikan Limbang untuk menyokong isteri beliau Puan Amina yang sedang bertugas di Kuching atas kebajikan kesakitan suami beliau yang sudah terlantar 5 tahun di hospital. Beliau masih menunggu kelulusan permohonan pertukaran dari putrajaya. Semasa lawatan presiden PVTMS, puan Amina hadir bersama untuk menberi masalah tugas dan kesakitan suami beliau supaya cepat perhatian oleh pihak atasan. Ahli di dahulukan kebajikan diutamakan. Bersatu berjuang.

Wednesday, 20 June 2012

PENGAMBILAN AHLI DI DARO :: 3 JUN 2012




Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) diketuai oleh presiden Thomas Ling dan Naib Presiden Idres Adam bersama Bendahari kehormat Francis Yeo dan jamil Akel turun padang di pusat kegiatan kemas utk pengambilan Ahli dan kaunter bergerak pada 3hb Jun 2012. Seramai 15 orang veteran ATM telah menyertai Ahli PVTMS. Manakala bantuan seperti bantuan sara hidup dan permohonan kad bekas tentera. Semasa ucapan a5u aluan presiden menyeru semua veteran menyertai menjadi ahli PVTMS utk sasaran ahli 2000 orang bagi tahun 2012. Utk mencapai sasaran ahli tersebut, presiden memohon setiap ahli mencari 5 orang veteran saja sebagai tanda sokongan perjuangan persatuan.

Gerak wira Usahawan (Motivasi usahawan)


Prehebat Negeri Sarawak telah bekerjasama dengan persatuan veteran Tentera Malaysia menganjuran Gerak wira Usahawan (Motivasi usahawan) di Hotel Premier Sibu pada 19 Mei 2012. Seramai 54 ahli/veteran ATM telah menyertai motivasi tersebut. Seramai 2 orang penceramah daripada Sembilan Resource Management (M) Sdn Bhd dalam motivasi.

PERBARISAN HUT 9 BGD KE-36





Presiden Persatuan veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) Thomas Ling dan Naib presiden Idres Adam bersama dgn 50 orang AJK dan ahli utk hadir menyaksikan perbarisan HUT 9 BGD ke 36 di dataran Sibu pada 1hb Mei 2012.

12HB APRIL 2012 DI DEWAN RASCOM

Presiden PVTMS Thomas Ling bersama ketua penerangan Said Ismail hadir pandau dan jumpa bekas2 tentera yg membawa anak2 mereka utk memasuki LLP tentera Darat di dewan Rascom batu 10 Jln Oya, Sibu pada 12hb Apr 2012. Syarat2 akademik BM, sains dan math kredit dan BI lulus. Ramai diantara mereka tidak layak kerana subjek math tak kredit. Presiden PVTMS mohon ATM memberi keutamaan kpd anak2 tentera semasa pengambilan TD pada masa akan datang.

PENGAMBILAN AHLI PVTMS DI BATU 10-KUCHING

Persatuan veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak turun padang utk perjumpaan bekas tentera di Balai raya kampong Quop Batu 10, Jalan Kuching/Serian pada 8 apr 2012 jam 1pm. Presiden PVTMS Thomas Ling, Timb. Presiden Frederick, Naib Presiden Ho Tiong Soon dan 5 AJK hadir utk bersama2 turun padang bg perjumpaan dan pengambilan tersebut. Encik rahim bin Mamat merangkap Pegawai eklusif kampus wilayah sarawak dan sabah perhebat utk menerangkan peningkatan sosialekonomi veteran dan menyeru veteran yg berniaga dan berminat utk menjadi usahawan. Selain motivasi utk program tekad wirg 1 malaysia akan diadakan pada 26 Apr 2012. Manakala kapt Zainal Abidin Bin Kamaruddin semasa dlm ceramah memaklumkan semua bekas tentera harus tahu insentif sedia ada oleh kerajaan, pada masa yg sama menyelesaikan masalah mereka.

LAWATAN KEBAJIKAN ~ HAMZAH

Lawatan kebajikan ahli di pusat jantung hospital umum Sarawak kota samarahan. Hamzah AGM dimasuk wad pada 25 Mar 2012 masih menunggu giliran utk pembedahan. presiden Thomas Ling dan timb presiden Frederick Guan bersama dengan 5 AJK membuat lawatan kebajikan keatas beliau pada 8 April 2012. PVTMS Ahli didahulukan kebajikan diutamakan.

LAWATAN KEBAJIKAN ~ RAUN

lawatan kebajikan ahli PVTMS. Presiden Thomas Ling dan Timb. Frederick Guan bersama 4 AJK membuat lawatan kebajikan kepada Raun mawat di tingkat 7 katil no. 11 di hospital umum Sarawak pada 8 Apr 2012. Beliau telah menjalani pembedahan dan akan pembedahan sekali lagi. Kesihatan beliau kurang memuaskan.

PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR STRATEGIK ANAK2 VETERAN ~ BETONG










Persatuan veteran tentera Malaysia negeri Sarawak diketuai oleh presiden Thomas Ling dan naib presiden Idres Adam bersama 5 AJK menghadiri ke majlis penutupan program kemahiran belajar strategik anak2 veteran cwg Sarawak 2012 bertempat di pusat latihan pertanian Betong. Seramai 85 orang anak veteran hadir pada program tersebut. YB Datuk Sri Douglas Uggah ak Embas merangkap menteri sumber Asli dan Alam sekitar telah merasmikan penutupan Majlis tersebut. Tahniah dan syabas kpd JHEV ATM demi kebaikan anak2 veteran ATM.

PENGAMBILAN AHLI PVTMS DI KANOWIT & JULAU

Persatuan veteran tentera Malaysia negeri Sarawak turun padang untuk kali ketiga di Kanowit bagi perjumpaan veteran dan pengambilan menjadi ahli di dewan majlis daerah Kanowit pada 24 mar 2012 jam 9 pagi. Masalah yg dihadapi oleh mereka ialah bencana alam, sara hidup, kad bekas tentera dan IPTA lewat dapat walaupun sudah dimajukan. PVTMS akan membantu menyelesaikan masalah tersebut dgn menghubungi dan melaporkan kpd JHEV ATM Sarawak. Selepas tamat program tersebut, lawatan kebajikan ke rumah Lambut di Rh Magat Kanowit sebab beliau mohon baikpulih kpe beliau. Permohonan beliau akan dimajukan kepada JHEV ATM Negeri.
Manakala perjumpaan dsan penmgambilan veteran dibilik mesyuarat SEDC meluan Julau pada jam 2 ptg. Ramai Sarawak rangers, balu2 dan juga veteran2 ATM yg hadir seramai 60 orang. Masalah mereka ialah tidak ada kad bekas tentera, IPTA tak tahu tempat memohon dan tak ada borang. Sakit kena bayar sendiri. Wheel chair beli sendiri walaupun miskin. Buku Bat D92 tak ada. Semua dokumen tak ada disimpan lagi dan tak ingat nombor tentera, tak ada bantuan sara hidup. Masalah2 yg mereka hadapi sebab mereka tak tahu hak2 dan kemudahan2 diberi oleh kerajaan. PVTMS membantu mereka supaya masalah2 mereka dapat dfi selesaikan. PVTMS akan turun padang sekali lagi dan dijadualkan pada awal bulan apr ini. Sebagai tanda sokongan kpd PVTMS, presiden Thomas Ling mengajak semua veteran hadir melaungkan 3 kali bersatu berjuang.
Walaupun naib presiden, ketua penerangan dan AJK yg beragama islam tidak dpt makan tengah hari disebabkan restoran islam hanya ada 1 kedai sahaja di Julau tetapi tutup tapi dgn semangat perjuangan kpd PVTMS mereka dapat tahan lapar. Program perjumpaan bersurai pada jam 4 ptg. Kemudian presiden Thomas Ling bersama rombongan membuat lawatan kebajikan ke rumah Gabril ak Elok berpencen dari JKR gaji pencewn RM180 sebulan ingin mohon bantuan baikpulih di dapur beliau. Pemohonan akan dimajukan kpd JHEV ATM Sarawak utk tindakan. Kami sampai Sibu jam 5.30 ptg.
 


Tuesday, 19 June 2012

PENGAMBILAN AHLI DI ENGKILILI



Pada 18 0500H Mar 2012 naib presiden PVTMS bersama 2 orang AJK iaitu Yeo dan Abas telah dating ke rumah presiden utk membawa beliau turun padang ke Engkilili. Kami, kali pertama meninjak ke Bandar Engkilili pada jam 180830H Mar 2012 di bilik mesyuarat SUPP cwg Engkilili. Turut hadir Lt Kol Monday ak Juhid, pengarah JHEV ATM Sarawak. Disebabkan tidak memanggil veteran dikawasan tersebut melalui penyiaran RTM, kehadiran Cuma 35 orang veteran ATM dan balu2. Semasa dalam program pengambilan ahli, presiden menasihatkan semua veteran hadir menyertai menjadi ahli PVTMS dan juga memohon setiap veteran yg hadir mencari 5 orang veteran utk menyertai menjadi ahli utk memperkukuhkan perjuangan persatuan ujarnya. Beliau menegaskan semasa veteran dlm perkhidmatan taat sedia utk berkorban mancari atau memburu komunis. Sekarang kita Cuma mencari kawan2-veteran2 kita di setiap kawasan dimana mereka yg berada di seluruh negeri Sarawak. Selain itu, PVTMS juga sebagai satu platform yg baik utk member polisi dan maklumat yg terkini kpd ahli2. Ramai veteran tidak tahu hak2 kemudahan yg sedia ada daripada kerajaan. PVTMS sebagai tuilang belakang ahli utk menjamin dan membela nasib mereka supaya hak2 ahli terbela dan tidak di tercicir. Gagasan PVTMS ahli didahulukan kebajikan diutamakan.