NO: 43, TKT 3, JLN TUANKU OSMAN, 96000 SIBU, SARAWAK. TEL: 084-348872

Wednesday, 14 March 2012

COURTESY CALL


Presiden PVTMS Thomas Ling bersama dgn ketua perhubongan Miri PGB James Miring Imang kunjungan hormat dgn pegawai pemerintah 20 RMAD Lt Kol Zainudin pada 12 Mac 2012.


PEMGAMBILAN AHLI PVTMS DI LIMBANG & LAWAS



Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak Thomas Ling bersama Ahli PGB James Mereng Imang dan Manis Matang 928480 bertolak dari Hotel Imperial Palace Miri pada jam 5.30 pagi ke Limbang untuk perjumpaan dan pengambilan ahli PVTMS baharu. Buat kali pertama kami menggunakan jalan darat dari Miri ke Limbang melalui Negara Brunei. Kami dengan bayaran tol pergi balik di Malaysia RM20 dan di Brunei RM20. Selain itu juga, kami terpaksa bersesak untuk bertanya untuk mendapatkan panduan arah menuju ke Limbang. Tanpa semangat yang tinggi berjuang walaupun gagal dalam perjalanan yang begitu jauh dengan segala kos persendirian. Kami tetap sampai ke dewan serbaguna kemas Limbang pada jam 10.30 pagi. Disebabkan menanti terlalu lama di immigresen Brunei Kuala lurah hampir 1 jam. Apabila kami sampai ke dewan, seramai 50 veteran ATM telah berkumpul di dewan. Sebelum itu PP JHEV Kapt Zainal Abidin telah memberi keterangan kemudahan2 dan masalah2 dapat di selesai melalui PVTMS ke JHEV ATM Sarawak. Presiden Thomas Ling dalam ucapan pendahuluan mengucapkan salam sejahtera kerana veteran2 sudi meluangkan masa untuk hadir dalam program perjumpaan untuk pengambilan ahli PVTMS di Limbang pada pagi ini. Beliau meminta maaf di atas kelewatan rombongan beliau. Beliau menyeru kepada semua veteran yang hadir untuk menyertai ahli PVTMS dan memberi keterangankan juga hak hak kemudahan yang akan diberikan oleh JHEV ATM. Seramai 50 orang telah hadir dalam program tersebut. Semasa dalam soal tanya adalah seperti berikut:-

1.Kad bekas hilang atau belum dapat - 3 orang
2.Buku pengakuan Bat D92 terbakar dan hilang - 2 orang
3.Permohonan IPIA - 5 orang
4.Isteri lari dan anak jadi warganegara Indonesia - 1 orang
5.Isteri sakit di hospital telah terlantar selama 2 bulan tapi buku pengakuan tak ada jadi pengesahan - 1 orang
6.Sara hidup untuk bantu kepada veteran umur 65 keatas - 10 orang

Sebelum mengakhiri ucapan, Presiden Thomas Ling mengajak semua veteran ATM yang hadir melaungkan 3 kali bersatu berjuang sebagai tanda sokongan .
dan bersatu berjuang.

Setelah itu program tersebut, ketua perhubungan PVTMS Limbang Matusin mengiring Presiden Thomas Ling bersama rombongan PVTMS ke hospital Limbang untuk lawatan kebajikan kepada seorang veteran yang mengalami kemalangan iaitu Ali bin Bardi No. tentera 1062522 Pbt Ali bin Bardi pada 27 Sept 2007. Hp 0198358463. Beliau sudah hampir 5 tahun duduk di hospital di Lawas, KK, Miri dan Limbang. Manakala di hospital Limbang mulai 12 Jan 2011 sehingga sekarang tanpa diambil perhatian oleh pihak tertentu sebelum itu. Presiden Thomas Ling memberi sumbangansemasa lawatan beliau.

Persatuan akan ambil berat terhadap veteran ATM yang kurang bernasib baik dan berharap veteran ATM serta orang ramai dapat menghulur bantuan kepada beliau.


Sunday, 4 March 2012

PENGAMBILAN AHLI PVTMS ~ BINTANGOR & SARIKEI

Bintangor

Bintangor

Bintangor

Bintangor

Bintangor

Bintangor

Sarikei

Sarikei

Sarikei

Sarikei

Sarikei

Sarikei

Sarikei

Sarikei

Sarikei

Sarikei

Persatuan VTMS yang diketuai oleh presiden Thomas Ling dan naib presiden Ho Tiong Soon, Idres Adam, pegawai penerangan Said Ismail dan AJK Abas Jambali serta jurugambar Robert Ting turun padang untuk perjumpaan veteran di Bintangor dan Sarikei. Turut hadir Briged Jen Datuk Goh Ah Bah dan PP JHEV, Kapt Zainal Abidin Kamaruddin serta 2 orang staf JHEV dari Kuching. Petang itu keadaan cuaca tidak begitu baik dengan hujan lebat dan Cuma 8 orang veteran hadir pada sesi perjumpaan. Semasa perjumpaan presiden menegaskan bahawa semua veteran harus membantu bersama utk mencari veteran ATM yg ada dikawasan Bintangor utk menyertai menjadi ahli PVTMS demi kebajikan ahli dan kekuatan perjumpaan persatuan amnya. Manakala Briged Jen Datuk Goh Ah Bah berkata kekuatan keahlian persatuan merupakan bahagian Miri dan Sibu. Miri sudah dinaik taraf sbg Bandar atas sebab pertambahan kedudukan penduduk dan peruntukan pembangunan di-geran dgn lebih utk pembangunan disbanding dgn Sibu.

PEMBARISAN HARI ULANG TAHUN (HUT) TENTERA DARAT KE 79





















Pembarisan Hari Ulang Tahun (HUT) Tentera Darat ke 79 pada 01 Mac 2012 telah di adakan di padang kawat 3 Renjer kem Oya Batu 14 Jalan Oya, Sibu. Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak diketuai oleh Presiden Thomas Ling dan Naib Presiden Idres Adam serta 19 orang AJK/Ahli hadir untuk menyaksikan pembarisan yang mulia pada pagi ini. Setelah tamat pembarisan, semua AJK/Ahli dijemput utk jamuan ringan di Dewan 3 Renjer sempena menyambut HUT TD ke 79. PVTMS mengucapkan selamat menyambut ulang tahun tentera Darat yg ke 79 kepada semua Pegawai2 dan anggota2 serta veteran2 tentera Darat. Syabas dan Tahniah.