NO: 43, TKT 3, JLN TUANKU OSMAN, 96000 SIBU, SARAWAK. TEL: 084-348872

Monday, 27 February 2012

Kursus Pengurusan Pertubuhan Siri 1/2012






Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak telah menghantar 3 orang pegawai iaitu Thomas Ling - Presiden, Idres Adam - Naib Presiden, Yeo Wan Hui - Bendahari mengikuti kursus pengurusan pertubuhan siri 1/2012. Penganjur oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Sarawak bertempat di perpustakaan awam majlis Perbadaran Sibu pada 25 Feb 2012

Pengambilan ahli PVTMS - Igan






Thomas Ling - Presiden, Idres Adam – Naib Presiden dan Said Ismail - pegawai penerangan Persatuan veteran tentera Malaysia Negeri Sarawak turun padang bersama-sama utk perjumpaan veteran2 dan balu2 ATM di rumah Tuan Hj Naim bertempat No. 35 Kpg Tengah Igan, Mukah pada 26 Feb 2012. Seramai 30 veteran ATM hadir ke program pengambilan ahli tersebut. Semasa perjumpaan ramai veteran menyoal dan mengemukakan masaalah2 tentang menaikan sara hidup, masaalah Lot kediaman, lewat menerima kad bekas tentera, imbuhan RM3000 kpd Sarawak ranger, kelewatan pembayaran khairat kematian dan bencana alam. Setelah tamat program tersebut. Segala masaalah veteran-veteran akan diperhatian oleh PVTMS utk tindakan selanjutnya. Tuan Hj Naim menjemput semua AJK yg hadir untuk makan tengah hari di rumah beliau kemudian kami berangkat utk lawatan kebajikan kebakaran rumah kpd balu iaitu isteri kpd allahyarham No. Tentera 929428 Sjn Sahari bin Malik(B), telah terjilat api pada 16 Feb lalu beralamat di No. 81, Kampong Baru Ismail, Igan, Mukah, Sarawak. Kutipan kilat sumbang telah disampaikan oleh Presiden Thomas Ling bersama dengan AJK di rumah terbakar kpd allahyarham. Permohonan bencana alam telah dimajukan kpd PVTMS utk tindakan lanjutnya.

Pengambilan Ahli PVTMS - Miri


Pada 20 Feb 2012 Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) telah mengadakan perjumpaan dan pengambilan ahli baru di Dewan Suarah Miri jam 7.30 malam. Pengerusi Majlis PGB James Mering Imang menasihati semua veteran ATM Miri utk menyertai PVTMS utk membantu veteran ATM yg mengalami masalah2 yg terabai. Turut hadir, PGB Kapt V. Panirchellvum (bersara) dan PP Kapt Zainal Abidin bin Kamarudin JHEV Negeri Sarawak. Presiden PVTMS memaklumkan bhawa perjuangan sesebuah persatuan hendaklah menpunyai transformasi dan semangat tinggi kpd pemimpin2 seperti PVTMS. Tiada pemimpin2 pertubuhan yg lain sanggup turun padang sbyk 5 kali utk perjumpaan veteran2 ATM dan pengambilan ahli2 dalam masa sebulan ujarnya. Utk terus perjuangan kpd semua veteran di Miri harus minta semua ahli PVTMS bersama sama membantu utk mencari lebih ramai lagi veteran2 ATM menyertai PVTMS. PVTMS akan melantik pegawai2 perhubungan yg terlatih utk berkhidmat kpd ahli2 PVTMS. Sila hubungi PGB James Mering Imang yg beralamat di lot 212, Palma 4, RPR Batu 6, Jalan Pujut Lutong Miri. Tel: 0198141715.

Pengambilan Ahli PVTMS - ASAJAYA



Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak telah mensasarkan ahli seramai 1000-2000 orang ahli bagi tahun 2012, Pen. Setiausaha Nawdin Bujang telah mengadakan program pendaftaran ahli PVTMS di Dewan Masyarakat Kpg Asajaya Ulu, Asajaya pada 19 Feb 2012 jam 0800. Semasa dalam ucapan Presiden PVTMS, beliau rasa gembira diatas kehadiran ramai veteran dikawasan ini hadir ke program pendaftaran ahli baru sebagai menyuntik semangat perjuangan beliau doatas sokongan dan komitmen veteran ATM. Pada pagi yg mulia ini, selain dari menggalakkan lagi hubungan antara veteran2 ATM dengan pucuk pemimpin PVTMS, beliau berharap dpt memberi cadangan yg positif demi kepentingan persatuan dan ahli2 amnya. PVTMS mengambil berat utk membantu serta mengurangkan veteran Sarawak dibawah paras kemiskinan. Langkah2 akan diambil seperti menaikkan kadar sara hidup kpd veteran tak berpencen, kenaikkan kadar pencen mengikut kadar paras garis kemiskinan dinaikkan ke 13.89% kpd veteran berpencen, memberi keutamaan kpd tender/kontrek di kem tentera/PLKN kpd veteran yg layak oleh kementarian dan memberi ilmu keusahawan. Selain itu, kerajaan harus memberi keutamaan utk pemberian anugerah pingat jasa Malaysia (PJM) kpd veteran Sarawak dari tahun 1942-1989 bg mengenang jasa dan bakti kpd Negara dgn kadar segera kerana ramai veteran yg sudah uzur.

PENGAMBILAN AHLI PVTMS - LUNDU




Pada 18 Feb 2012, Presiden Thomas Ling bersama Timb Presiden Frederick Guan (Bidayuh) Naib Presiden Ho Tiong Soon dan seorang ahli dgn sebuah kereta berjenis Harrier dari Kuching ke Lundu utk sampai ke kampong Biawak.Kami dijemput oleh seorang veteran Cr. Rosaidi di jalan simpang kampong biawak utk escort ke dewan tersebut. Keadaan jalan di kpg biawak masih dibawah pembinaan dgn keadaan teruk sampai kereta mewah jadi kereta "lembu". semangat yg begitu tinggi dalam memperkasakan perjuangan oleh pemimpin 2 PVTMS tidak terkecuali daripada cabaran dan kekangan dari pelbagai masalah dgn gagasan kita iaitu ahli di dahulukan, kebajikan diutamakan. Perjalanan mengambil masa 2 jam 15 min utk sampai ke Dewan perhimpunan.Justeru itu, pucuk pemimpihan PVTMS berusaha sehingga tak kira waktu siang atau malam, hari perayaan atau cuti umum, meninggalkan keluarga dalam usaha mereka memperkasakan perjuangan kpd PVTMS. Semasa kami sampai, YB Datuk Dr Tiki Lafae, Ahli parlimen Mas Gading bersama dengan veteran2 yg hadir. Turut hadir PP Kapt Zainal Abidin Kamaruddin dari JHEV CWG Kuching. Semasa dalam perjumpaan yg mesra ini, kami telah mengumpul masaalah2 veteran yg hadir utk dimajukan ke pihak atasan. Perjumpaan dan pengambilan ahli pd petang itu sangat memuaskan oleh PVTMS dan akan terus bersatu berjuang.

PENGAMBILAN AHLI PVTMS - KANOWIT (PART II)












Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak adalah sebuah pertubuhan yg didaftarkan memenuhi undang-undang di-bawah Akta Pertubuhan 1966. Sijil pendaftaran bil 4800/11-swk pada 1.11.11. Persatuan ini telah dimajukan permohonan utk berdaftar dgn JHEV dibawah Akta veteran 2011.
Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak telah mensasarkan ahli seramai 1000-2000 orang bagi tahun 2012 dan menyeru ahli2 PVTMS membantu hubungi veteran ATM di Negeri Sarawak menjadi ahli PVTMS. Presiden Thomas Ling bersama 8 orang AJK berusaha turun padang utk perjumpaan veteran dan pengambilan ahli baru di Kanowit pada 11 Feb 2012. Turut hadir Dato Idrus bin Kassim, Presiden Bekas Perajurit Negeri Perlis. Diantara hadirin yang hadir ialah Sarawak Tracker, Ranger, Bekas TLDM dan lain2. Sebanyak 40% Veteran ATM yang hadir belum menjadi ahli kepada mana2 pertubuhan veteran ATM. Didapati ahli PBTM Sibu juga di panggil semasa AGM bersama dgn ahli2 Cwg Kanowit sebagai korum kehadiran. Adakah kehadiran mereka dianggap melanggar Akta pertubuhan 1966? Ada veteran yang menerima ugutan "jangan hadir perjumpaan atau menyertai ahli PVTMS nanti awak tak boleh datang sini lagi. kena buang ahli disini" tapi mereka semua sudah menjadi ahli, syabas dan tahniah.

Menyambut ketibaan mendiang Tr Jundan




Menyambut ketibaan mendiang Tr Jundan ak nyambong No Tentera 933129 dan penyerahan kutipan kilat dari AJK PVTMS yg hadir. Tr Jundan telah meninggal di hospital umum Sarawak pada 16 Feb 2012 jam 8.15 petang. Mayat Mendiang Tr Juntan telah di bawa balik ke rumah dan sampai di Sibu pada 17 Feb Jam 7.30 malam. Semua waris2 mendiang dan AJK Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) diketuai oleh Presiden Thomas Ling dan Naib Presiden Idres Adam bersama 15 AJK/Ahli hadir di rumah mendiang utk menyambut ketibaan mendiang Tr. Jundan. Presiden Thomas menyerah sumbang kutipan kilat dari AJK/ahli kpd waris keluarga terdekat dirumah mendiang.

MESYUARAT AGONG PVTMS PERTAMA 2012
























Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) telah di luluskan oleh ROS pada 1.11.11. AJK penaja berusaha utk pengambilan ahli di suluruh negeri Sarawak dan Presiden penaja Thomas Ling bersama AJK telah 3 kali turun padang utk perjumpaan dan pengambilan ahli di kawasan Belawai, Bintangor dan Kanowit. Mesyuarat Agong pertama telah diadakan dan dirasmikan oleh YB Dr Hj Annuar bin Hj Rapaee ADUN Nangka di hotel Paramount Sibu pada 12.2.12. Turut hadir YBhg Dato Adrus Kassim Presiden Persatuan Perajurit Negeri Perlis. Seramai 121 orang ahli hadir utk pemilihan pemimpin2 bagi sesi 2012 sehingga 2015. Thomas Ling terpilih tanpa bertanding sebagai Presiden PVTMS.